Astro Ria
Selepas saluran 3 digit diperkenalkan oleh Astro, perubahan saluran mula dibuat sejak 1 Oktober 2007. Saluran tersebut berada di bawah pakej Astro Family bersama Astro Prima, Astro Oasis, dan Astro Aruna.
Salah satu rancangan yang popular di Astro Ria ialah rancangan realiti Akademi Fantasia yang dibuat berdasarkan rancangan siri TV La Academia dari Mexico pada tahun 2003. Dalam rancangan berupa peraduan nyanyian ini dipertandingkan 12 penyanyi untuk dipilih satu pemenang.
Selain itu Astro Ria juga menghadirkan pelbagai acara tahunan seperti Anugerah Era, Festival Filem Malaysia, Anugerah Siri Angkasa, dan juga menyiarkan Perhimpunan Agung UMNO dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) secara langsung.