-->

ADVERTISEMENT

DidikTV


Tonton DidikTV Online Live. DidikTV yang mulanya dikenali sebagai TV Pendidikan merupakan saluran televisyen pendidikan hasil kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Media Prima Berhad. Saluran TV ini menyiarkan pelbagai rancangan didik hibur atau edutainment berkenaan subjek sekolah rendah dan menengah.

Siaran TV Pendidikan dilancarkan semula selepas tidak bersiaran cukup lama iaitu selama 12 tahun. Pada 6 April 2020, TV Pendidikan disiarkan di Okey dan pada 23 November 2020 disiarkan dalam ntv7 dalam slot program DidikTV. Program ini disiarkan sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyikapi pandemik Covid-19.

Slot program DidikTV kemudian diteruskan pada tahun 2021 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Media Prima. Seterusnya, mulai 17 Februari 2021, diluncurkan saluran khas untuk TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti bagi semua pelajar di Malaysia.

DidikTV boleh ditonton menerusi saluran 147 di Astro, saluran ntv7 di TV Unifi, dan saluran 107 di MyTV. Untuk pengguna set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, saluran DidikTV boleh didapatkan menerusi penalaan automatik.

ADVERTISEMENT


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel