TV6

Untuk penonton yang menyukai rancangan klasik seperti filem, drama retro, dan hiburan yang pernah bersiaran di RTM sekitar tahun 1960-an hingga awal 2000-an, RTM menghadirkan TV6. Stesen televisyen ini memulakan siaran percubaan pada 1 Mac 2021 dan siarannya ditingkatkan menjadi 20 jam pada 1 September 2021. TV6 boleh ditonton melalui melalui terestrial percuma myFreeview di saluran 113 di seluruh negara.

Rancangan yang telah disiarkan dalam slot drama retro antara lain telefilm Amira, Anjang Aki, Buruan, Di Tebing Kenangan, dan Down Memory. Sedangkan hiburan retro, TV6 menghadirkan 1 Hari Raya (2005), Bersama TV2, Bintang Kugiran RTM, Bintang RTM, Dendang Warisan, Gala 2, Bintang Pujaan, dan lain-lain.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel