-->

ADVERTISEMENT

TV9

TV9 Live

ADVERTISEMENT


Tonton TV9 Online Live. TV9 merupakan stesen televisyen anak syarikat Media Prima Berhad yang dilancarkan pada 22 April 2006.

Kebanyakan rancangan yang disiarkan oleh TV9 ialah untuk penonton Melayu. Mulai 9 September 2003 hingga 3 Februari 2005 stesen televisyen ini dikenali sebagai Saluran 9. Pada 5 Mac 2018, TV9 menjadikan rancangannya lebih tertumpu kepada masyarakat Melayu luar bandar. Oleh kerana itu, rancangan Inggeris dan Korea dipindahkan ke NTV7 untuk memberikan khidmat kepada penonton moden.

TV9 semakin popular dengan rancangan bertemakan kehidupan moden-progresif yang digandingkan dengan nilai keagamaan yang kuat dan tradisi seni budaya tempatan. Melalui penjenamaan yang dibuat iaitu hiburan, majalah, drama dan realiti, bagi memuaskan kehendak segmen sasaran.

Antara rancangan realiti yang ditayangkan iaitu Idola Kecil dan Versus, slot drama Skrin di 9, Aurora, Ratu, dan Mutiara Hati. TV9 juga turut menghadirkan rancangan keagamaan dalam slot Raudhah meliputi Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah, Semanis Kurma, dan Safiyya. Untuk penonton di Sabah dan Sarawak, TV9 dapat ditonton melalui saluran berbayar 119.

ADVERTISEMENT


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel