-->

ADVERTISEMENT

Bernama TV


Bernama TVTonton Bernama TV Online Live. Bernama TV merupakan sebuah saluran berita yang dimiliki oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia.

Sebelumnya saluran ini pernah dikenali sebagai Bernama News Channel yang menyiarkan rancangan berita, bual bicara, liputan langsung, dan temubual eksklusif. Saluran Bernama TV bersiaran selama 24 jam dengan membawakan slogan Bernama TV Malaysia. Ketika dirasmikan pada 28 Februari 2008, saluran ini menggunakan nama Bernama TV, kemudian pada tahun 2011-2016 sempat bertukar menjadi Bernama News Channel. Namun, pada Oktober 2019, saluran televisyen ini dijenamakan semula dengan nama Bernama TV. Sejak 8 Oktober 2021 siaran Bernama TV bertukar kepada format definisi tinggi (HD).

Sebahagian besar rancangan berita yang disiarkan Bernama TV berteraskan Inggeris dan Melayu, tetapi disiarkan juga rancangan dari bahasa Mandarin dan Tamil. Antara slot berita yang disiarkan iaitu Bernama News, Mandarin News, Tamil News, dan Buletin Bernama, di samping rancangan lain seperti Sukan+, Apa Citer Show, dan Ruang Bicara.

ADVERTISEMENT


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel