Astro Warna
Mulai 1 April 2020, Astro Warna disiarkan di saluran 107 dari saluran sebelumnya iaitu 124 yang digantikan oleh NTV7 dan dapat dinikmati dari Astro dan NJOI dalam format HD. Adapun saluran versi SD telah ditamatkan pada 12 April 2021.
Rancangan bergenre sitkom yang disiarkan di Astro Warna antara lain Impak Minima, Jongkang Jongkit, Tiga Serumah, Sepahtu: Angan Tak Sudah, Kampung Jaguh, dan Sepahtu Reunion. Astro Warna juga menyiarkan hiburan dan realiti TV popular seperti Muzikal Lawak Superstar, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, dan Raja Lawak.