-->

ADVERTISEMENT

TV AlHijrah


Tonton TV AlHijrah Online Live. TV AlHijrah ialah stesen televisyen terestrial yang dikendalikan oleh AlHijrah Media Corporation, sebuah syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Bersiaran dari ibu pejabat di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, TV AlHijrah menyiarkan rancangan agama Islam selama 24 jam sehari. Siaran pertama stesen televisyen ini ialah pada 1 November 2010 dengan waktu siaran 9 jam sehari bermula dari jam 3 petang sehingga 12 tengah malam untuk Isnin sehingga Khamis. Untuk hari Jumaat sehingga Ahad, disiarkan selama 12 jam mulai jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Bermula 1 Jun 2011, TV AlHijrah sudah boleh ditonton menerusi saluran 114 di Astro, Unifi TV, dan myFreeview dalam format HD.

Antara rancangan yang masih bersiaran di TV AlHijrah ialah Assalamualaikum, Assalam Ustaz, Wow Hijrah, Ustaz Kartun dan Robot Jim, Panggilan Agung Maghrib, dan Cinta Ilmu.

ADVERTISEMENT


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel