-->

Astro Awani


Astro Awani ialah saluran berita televisyen terbesar di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro. Siaran perdana Astro dimulakan pada 6 September 2007 di saluran 501 (sebelumnya saluran 95 dan saluran 123). Sejak 1 Mac 2009, Astro Awani menggantikan Astro News yang telah ditamatkan siarannya dan membawakan slogan Saluran Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia.

Rancangan yang disiarkan di Astro Awani meliputi berita terkini, ehwal semasa, dokumentari, gaya hidup, temu bual, dan majalah tempatan serta antarabangsa. Mulai 29 Mac 2021, siaran Astro Awani dinaiktaraf kepada HD, sedangkan saluran SD hanya bersiaran di platform NJOI sehingga 31 Disember 2021 di saluran 531. Saluran HD boleh dinikmati di platform NJOI pada saluran 501.

Berita yang disiarkan di Astro Awani ialah Awani 7:45, Buletin Awani, Notepad with Ibrahim Sani, serta AWANI Ringkas & AWANI Byte. Ada pula berita lainnya iaitu Awani Jr, Cerita, AWANI Pagi, Agenda Awani, Niaga AWANI, Consider This, dan AWANI Borneo.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel