-->

8TV


Tonton 8TV Online Live Streaming. 8TV merupakan saluran Cina nombor satu di Malaysia yang menyiarkan rancangan tempatan, drama tempatan, dan drama dari luar negara yang berkualiti. Stesen televisyen ini juga memberikan platform untuk belia dalam menyalurkan bakat terpendam melalui rancangan dan kempen di lapangan.

Siaran rasmi 8TV dimulakan pada 1 Julai 1995 dan kemudian dikenali sebagai MetroVision - Saluran 8. Stesen televisyen ini diuruskan oleh City Television Sdn Bhd, bahagian daripada Kumpulan Melewar. Namun, pada 8 Januari 2004, 8TV dilancarkan semula di bawah Metropolitan TV Sdn Bhd selepas dibawakan oleh Media Prima pada 2003.

Secara beransur-ansur, kandungan stesen 8TV digantikan dengan rancangan Cina dari sebelumnya mengandungi sedikit rancangan Melayu dan Inggeris. Sebagai saluran televisyen berorientasi Cina, 8TV membuat lebih banyak rancangan dan filem Cina serta mengadakan kempen Tahun Baharu Cina setiap tahun. Sejak tahun 2015, 8TV mengeluarkan lagu Tahun Baharu Cina sendiri beserta maskot dari 12 zodiak haiwan dalam kalendar Cina.

Antara rancangan popular di 8TV iaiatu Mandarin News, drama dan telemovie, rancangan realiti Durian, Kaya, Teh Tarik, serta The Z Power. Rancangan lain yang juga pernah popular di stesen televisyen ini iaitu 8TV Quickie, One in a Million, dan Ho Chak.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel